SM Shahrom

The Man Become Legend

6/16/2009

Macam Final Destination la plak

Posted by SM Shahrom

Recently dunia di kejutkan dengan kemalangan Jet Air france yang penuh misteri dont know mane puncenyer, ade spekulasi mengatakan kapal terbang tu kene bom dek pengganas, kene ribut, takterkawal masalah teknikal la dan macam-macam lagi..

Memang lautan atlantik ni pelik semacam and penuh misteri..banyak rekod kapal terbang hilang bile melintasi lautan tersebut...

Tapi yang paling aku heran bin ajaib tu..mcam cite final destination pun ade kes ni..kalau tak silap aku dalam berita harian pada 13 June 2009, Seorang Wanita terlepas naiki Air france pun Mati jgak kat atas jalan raya..suami di parah (mungkin sambung ke part 2 kot)...

(Berikut Petikan Berita harian 13 June 2009)

Wanita terlepas naiki Air France mati kemalangan


RIO DE JANEIRO: Seorang wanita Itali yang terlewat menaiki penerbangan Air France yang terhempas di Lautan Atlantik minggu lalu, menemui ajal apabila terbabit dalam kemalangan kereta.

Johanna Ganthaler, pesara dari wilayah Bolzano-Bozen sedang bercuti di Brazil bersama suaminya, Kurt. Mereka terlepas penerbangan Air France 447 apabila terlewat tiba di lapangan terbang Rio de Janeiro, 31 Mei lalu.

Agensi berita ANSA melaporkan, pasangan terbabit menaiki pesawat penerbangan lain dari Rio de Janeiro keesokan harinya.

Malangnya, Ganthaler mati selepas kereta yang dinaiki di Kufstein, Austria, kemalangan. Suaminya pula cedera parah.

Pegawai keselamatan Perancis dan Amerika Syarikat berkata, setakat ini tiada petanda menunjukkan nahas Air France itu disebabkan tindakan pengganas.

Menteri Pertahanan Brazil juga menekankan bahawa kemungkinan itu tidak pernah dipertimbang, meskipun Perancis tidak menolaknya. - AP

Soo..Maut ni bleh datang bile-bile mase saje dan ia takkan ingkar janji tugasnye...
Dan Jgnla Hidup anda diselubungi Misteri

1 comments:

Redbloodsnow said...

a'ah ler kan...dh mcm final destination ler pulak tuh. menyeramkan arrrr