SM Shahrom

The Man Become Legend

6/15/2009

Tahukah Anda?

Posted by SM Shahrom

Dihantar: Isnin, 16 April , 2009 5:21:50
Subjek: tahu kah anda ?


Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan
Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai
diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan
oleh Federico Fellini pada tahun 1960.
Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada
seorang budak yang bernama Razzi juga
boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark
telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis
logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi
yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang
yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya
apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh
sesuatu, ia akan memutuskan ekornya
supaya benda itu tidak mengekorinya
lagi atas alasan tanpa ekor sudah
tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukan anda bahawa seorang manusia
normal tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri menggunakan siku.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng
dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa
bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh
memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang
berusia tiga ratus tahun disahkan
masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan
aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah
kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia
ialah Orang Utan.

Dan tahukah anda bahawa yang membaca
post ini telah mencuba untuk
menyentuh telinga menggunakan
siku........ ..... CAYALAH!!!!! !!

0 comments: