-
Khazanah12 years ago
-
Mengapa Manusia Mudah Lupa.13 years ago
Followers
Renungan
My Blog List
-
▼
2009
(34)
-
▼
June
(18)
- Ahhh..Serabutnyer..Kepala aku..
- Tribute to MJ
- TRANSFORMERS " Revenge Of Fallen Legend"
- NaffNang
- NeW Layout Blog
- Spray Peti Ais..
- Filem-Filem Di Malaysia
- Resume
- Memo Company
- Wong Ah Beng punya survey
- Macam Final Destination la plak
- Tahukah Anda?
- Manusia Bertanya,Quran Menjawab
- Kisah Bebenor Pasal Santan
- Papa & Mama
- Kongkek
- BUSY tengah CariK ILhaM
- Orang Bodoh vs Orang Pandai
-
▼
June
(18)
Recent Post
ShoutMix chat widget
Tepat jam 7.00 pagi tadi, sedang aku on the way to KHL, aku terdengar berite kematian raja pop dunia Michael Jackson..terkezok (terkejut + berok) jgak aku dibuat nyer..tibe-tibe je MJ ni mati...tapi sebelum tu aku ade dengar berite MJ sakit tenat kat hospital london..aku ingat die akan pulih..
Dan lagi aku terkejut bapak berok, bile aku balik umah nak makan tgh hari (sebelum pi semayang jumaat) belum aku tanggal kasut kat pintu, mak aku dah sound maykel jakson dah meninggal....aik?? taktau plak mak aku pun follow-up pasal MJ ni..( dah terkenal satu dunia no wonder la..)
Tak silap aku die mati kerana penyakit barah usus...sakit tu beb...kalau perut dah lapar n masuk angin pun kite sakit, ni kan pula barah perut...pergh..memang azab...aku heran tu biasenyer kalau masalah barah usus biasenyer org yang merokok tapi mak aku cakap kalau org slalu tahan lapar pun boleh jadi barah jgak... aku dah jadi suspen..coz bile aku dah BZ memang tak ingat makan...kenkadang makan pun aku lupe..(pergh..poyos nyer)..
Cume aku kat sini nak ucapkan semoge roh die aman teteram...cukuplah die hidup siksa kat bumi ni...walaupun hidup die penuh ngan kemewahan...dah lepas ni takde sape boleh kacau die..biar die ngan tuhan je lah...
Persoalanyer skarang ni die dikebumikan care islam ke atau care lain? itu aku tak sure..
On 23rd of June aku ngan member-member seperjuangan Aoutobot pi tgk wayang cite TRANSFORMERS "revenge of Fallen "..PERGHH... memang best giler dan dasat dah ler main 2.30 jam puas nafsu aku menengokyer..kalau per 5 aku bagi 500/5..memang tak rugi..rase nak tgk 18x pun ade, tgk sampai muntah pun still ok lagi.....sabtu ni dah plan nak tgk lagi...hiiiiihaaa....
Dan yang dok behnyer, panggung wayang kat tempat aku ni, memang dah takde muke laing...muke set-set KHL belake..huuu bghak (slang kelantan)..baik dari peringkat kulikutive sampai le ke peringkat bos-bos..semuanyer datang tengok..patutler project DELAY.... coz akunyer kodi pun same nengok gak..
Dalam cerite transformers 2 ni, korang boleh tgk Optimus Prime evolution (seperti yang dilampirkan) which is he combine with Jet Fire (dari decepticon) yang dah tua ..lawak pun ade jgak dalam cerite ni..
Dan Juge ade banyak watak-watak muke robot baru yang best-best turut berlakon dalam citer ni..
Lepas tgk wayang pong dok abih lagi ceritenyer (mase ni dah pukul 11.45 malam)..kiteorang sambung ke meja meeting kami di kedai mamak nasi briayani tuk berdiskas dan membuat ulasan lanjut dan refresh balik dari cite-cite kartun dulu-dulu ke anime hinggeler ke CGI...banyak jgak le kami share pendapat dan pengetahuan kisah asal-usul tranformers 2..
Kol 1.30 pagi..masing-masing dah menguak, ... sok dah le nak sambung keje...aku pung balik ke pangkuan jalan masuk tidor ler...
Wah..bestnyer..blog aku dah ade nuffnang..syok skit ade iklan..thanks to princessredbloodsnow..
ceria skit akunyer blog..ade bende yang gerak-gerak...
OK this is my new Blog look like..i simplify-kan lagi...
Lepas zohor dan makan (erk..), aku dengan selamba badak terus on ekon dalam blik secara xlangsung mate aku terus gelap gelita..(mesti mertua aku tertanya-tanya "aik tak sambung buat keje ke manantu aku ni?") tapi diorang ni paham..aku bukanyer robot..nak kene rehat gak..
Petang...aku bagun, bini aku suruh spray peti ais..siap dah beli spray 3 tin warna gold lagi..diorang ni dah plan keje-keje yang aku kene buat..aku pun buatjelah..nak watcam mane..bertindak mengikut arahan..
Seumur hidup aku, aku belum pernah lagi spray peti ais ni..tapi aku seorang yang high confident bagi aku takde yang mustahil dalam dunia ni..aku pun start le menyepray peti ais...las-las jadi hampeh terkejut semua orang..aku pun buat-buatle terkejut skali padahal dah tahu dah macam hampeh giler aku spray..coz jadi warna peti ais tompok-tompok warna tak sekata..tak lawa langsung, elok lagi warna lame..dah macam - macam skil aku cube buat supaya nampak ok but still macam hampeh gak..then barula aku sedar cara aku tu salah..so..solutionnyer..aku teruskan jgak perjuangan aku tu..sampai ler siap..diorang yang melihat peti ais tu..telan jelah dan tak terkata-kata hanya berdiam saje tuk jage hati aku..nak watcamane lagi..itu jelah aku dapat buat..
PERIHAL FILEM-FILEM
Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.
Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi
Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished.
Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home
work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi
pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai
bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul
cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,
tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen
kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog
wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan
ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau
lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab
atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak
pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar,
tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah
sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan
pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.
Drama/Filem Cina.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan
kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah
lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam
filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling
mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air
paip.
Drama/Filem India/Hindustan.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh
orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor
Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang
dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri
melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan
Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan
tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu
kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu
lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh
' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik
ramai plak yang tunggu sampai abih.
Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.
Yang benar,
Ah yau Jengkol Spielberg.
( Sepupu tiri sebelah nenek sedara Steven Spielberg ).
Surat ini memang betul diterima oleh MAS.
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.
1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia
4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor
Subject: Memo Untuk Semua Staff Dari Syarikat Yang Paling Maju
Kepada Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff, berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff untuk kesenangan, keselesaan dan lebih produktiviti. Perkara yang akan digubal adalah seperti berikut:-
PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda atau Skoda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas, teksi, monorel dsb atau menunggang motosikal, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji Sekiranya anda memandu kereta nasional sama ada proton atau perodua atau naza (boleh jadi juga), kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti sebanyak 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad. Hari lain kerja laaa…. 24jam pun tak kisah! Berjuang untuk syarikat.
WAKTU LUNCH.
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka dah memang sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil dan teratur.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
CUTI SAKIT.
Mulai tahun 2008 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari doctor klinik atau hospital. Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik atau hospital untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga. Jadi, jangan nak mengada-ngada tak pergi kerja.
PENGGUNAAN TANDAS.
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas maksimum selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit, secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan 'stuck', air dari paip akan berhenti mengalir, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board utama di bawah korum 'staff sembelit'. Anda juga akan dikenakan caj sewa tandas kerana memalukan syarikat pada pelawat dari luar.
PEMBEDAHAN.
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan kecil atau besar. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja disini kerana pada mulanya anda mempunyai organ yang cukup. Jadi, jangan sesuka hati nak buang organ yang sedia ada termasuk menukar jantina. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak dan perkara ini boleh dibawa ke mahkamah tinggi.
PENGGUNAAN INTERNET.
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting, games dan 'mendownload' akan dikenakan bayaran RM3.00 sejam (mengikut seperti harga pasaran moden). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda beserta cukai persekutuan sebanyak 3%.
Sebagai permulaan, 71% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan berturut-turut, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
BONUS.
Setiap pertengahan tahun dan akhir tahun syarikat akan memberi bonus kepada staff sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga dari syarikat. Namun, bonus ini hanya akan diberikan kepada staff yang gemar meminum air soya sahaja. Ini adalah kerana berdasarkan pada pasaran semasa air kotak bonus yang bersaiz 1 liter hanya mempunyai perasa kacang soya sahaja. Oleh itu bagi yang tidak meminati air soya janganlah memandai-mandai nak mogok syarikat tak bagi bonus!
WAKTU KEHADIRAN KE PEJABAT
Memandangkan banyak alat tulis dan kegunaan pejabat yang seringkali berkurangan serta hilang, maka staff yang datang awal 5 minit sebelum waktu kerja akan dikenakan tindakan kerana dituduh mencuri manakala staff yang datang lewat walaupun 1 minit selepas waktu kerja akan ditahan kerana pintu masuk automatik tidak akan dibuka dan tindakan akan diambil iaitu berhimpun di satu tempat dan mengutip segala sampah di seluruh perkarangan pejabat. Hukuman ini adalah sama seperti hukuman waktu sekolah dahulu supaya anda segera insaf sebab tak serik-serik asyik nak datang lambat. Diharap anda telah puas mengutip sampah sewaktu di sekolah dahulu. Oleh itu datanglah tepat pada waktunya agar anda bebas dari sebarang tindakan!
Akhir kata, terima kasih tak terhingga kerana masih setia berkhidmat di syarikat yang serba maju ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang paling terbaik kepada anda. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain yang lebih layak dan sanggup menerima masalah anda terutamanya di hospital bahgia.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah,
jangan isap fit jangan buat jenayah
dan ikutlah arahan polis trafik agar anda tidak susah payah!
Pengurusan Syarikat
Subject: Wong Ah Beng punya survey
Sebuah Kajian di Pusat Membelibelah
Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling
boleh
dilihati di pusat2 membeli belah di tanah ayer..
Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang
berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.
Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila
pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi
cun.
Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit
hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka
mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma
senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang
tebal.
Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang
hensem
tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang
terlampau2
juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya.
Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan
sama
itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi,
ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun.
Selupa
mau makan olang... Inseculity ploblem..
Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya pasat looo..no komen..
Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab
besar
kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi
ini
suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak
lamai
kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik
ka
lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan
ada
happy. ini awek pun sebegitu jua.
Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik
tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka
menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good"
ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya
meleka
melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi
lawa..
Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh &
sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka? Tatau apa mau
cakap lagi woo..
Recently dunia di kejutkan dengan kemalangan Jet Air france yang penuh misteri dont know mane puncenyer, ade spekulasi mengatakan kapal terbang tu kene bom dek pengganas, kene ribut, takterkawal masalah teknikal la dan macam-macam lagi..
Memang lautan atlantik ni pelik semacam and penuh misteri..banyak rekod kapal terbang hilang bile melintasi lautan tersebut...
Tapi yang paling aku heran bin ajaib tu..mcam cite final destination pun ade kes ni..kalau tak silap aku dalam berita harian pada 13 June 2009, Seorang Wanita terlepas naiki Air france pun Mati jgak kat atas jalan raya..suami di parah (mungkin sambung ke part 2 kot)...
(Berikut Petikan Berita harian 13 June 2009)
Wanita terlepas naiki Air France mati kemalangan
RIO DE JANEIRO: Seorang wanita Itali yang terlewat menaiki penerbangan Air France yang terhempas di Lautan Atlantik minggu lalu, menemui ajal apabila terbabit dalam kemalangan kereta.
Johanna Ganthaler, pesara dari wilayah Bolzano-Bozen sedang bercuti di Brazil bersama suaminya, Kurt. Mereka terlepas penerbangan Air France 447 apabila terlewat tiba di lapangan terbang Rio de Janeiro, 31 Mei lalu.
Agensi berita ANSA melaporkan, pasangan terbabit menaiki pesawat penerbangan lain dari Rio de Janeiro keesokan harinya.
Malangnya, Ganthaler mati selepas kereta yang dinaiki di Kufstein, Austria, kemalangan. Suaminya pula cedera parah.
Pegawai keselamatan Perancis dan Amerika Syarikat berkata, setakat ini tiada petanda menunjukkan nahas Air France itu disebabkan tindakan pengganas.
Menteri Pertahanan Brazil juga menekankan bahawa kemungkinan itu tidak pernah dipertimbang, meskipun Perancis tidak menolaknya. - AP
Soo..Maut ni bleh datang bile-bile mase saje dan ia takkan ingkar janji tugasnye...
Dan Jgnla Hidup anda diselubungi Misteri
Dihantar: Isnin, 16 April , 2009 5:21:50
Subjek: tahu kah anda ?
Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan
Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai
diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan
oleh Federico Fellini pada tahun 1960.
Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada
seorang budak yang bernama Razzi juga
boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
Tahukah Anda bendera negara Denmark
telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.
Tahukah Anda magnet ialah sejenis
logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi
yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang
yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.
Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya
apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh
sesuatu, ia akan memutuskan ekornya
supaya benda itu tidak mengekorinya
lagi atas alasan tanpa ekor sudah
tentu ia tidak akan diekori lagi.
Tahukan anda bahawa seorang manusia
normal tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri menggunakan siku.
Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng
dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa
bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh
memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.
Tahukah Anda gunung berapi yang
berusia tiga ratus tahun disahkan
masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan
aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.
Tahukah Anda orang yang tidak pernah
kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia
ialah Orang Utan.
Dan tahukah anda bahawa yang membaca
post ini telah mencuba untuk
menyentuh telinga menggunakan
siku........ ..... CAYALAH!!!!! !!
Manusia Bertanya,Quran Menjawab... .
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. "
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan). "
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal. "
-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Kisah Benar : Santan !!
Tersebut lah kisah tentang si Minah yg sewel separuh otak dek kerana
jatuh
dari katil kerana aksi tidur yg agak lasak... pusinsana pusin sini..
last
last terjatuh mereng kepala hotak separuh.... hehehe...
oke . tersebut lah kisah, satu hari dimana Ibunya sedang tengah sebuk
memasak hidangan tengahari....
Ibu : Minahhhhhhhh..... meh tolong mak sat... gi kedai Pak Abu duda tu
tolong belikan mak Santan Kelapa....!!
Minah: oke mak .... bak sepuluh rengget..!
Ibu: Ape nye sampai sepuluh ringgit nak beli santanya Minah oiii....!!
Nah
Amik seringgit ni belikan mak santan...
Si Minah pun bergegas ke kedai runcit Pak Abu duda.. yg tak berapa jauh
dari
umah...... adelah 80 meter jauhnye... .. sesampai ke kedai Pak Abu...
kelihatan ramai anak2 muda dan belia kampung sedang bermain Dam haji
ditepi
kedai si Pak Abu .
Minah: Pak Abu ...!! PAk Abu !! Mak nak soh kita beli Santan kelapa
lah...... nah seringgit..... Mak kata cukup ni...!!
Pak Abu dan bebudak muda2 semua ambil acuh tak acuh dengan kehadiran si
Minah yg depa tau mereng separuh hotak ni... tak kuasa depa nak amik
pot....
Si Rizal ... tetiba membisikan sesuatu kepada telinga si Pak Abu duda yg
duduk disebelahnya,...... si Pak Abu duda pun lalu menyahut dan menyapa
si
Minah kembali...
Pak Abu: Minah..... Mmmmm cantik skirt awak..!!.. hehe,.... MMmm okay
..
sebenarnya santan dah abih.... kelapa belum sempat petik kat pokok
kelapa
tu
hah... ....... lutut pak Abu ni dah tua tak bule memanjat dah..... .
camnilah.. kalu Minah tolong panjatkan... Pak Abu kasik
Freeeeee.......(Sambil senyum sinis kepada semua yg tengah main dam kek
situ)
Minah : Tinggi lahh Pak Abu.. mana sampai......!!
Pak Abu : Uiissssshhhhh.... ade tangga ni hah....... kami semua ni
pegang
tangga kat bawah, sambil Minah panjat atas amikan kelapa tu..
(jerat pak abu menskodeng si Minah mereng kian masuk jarumm.....)
Minah : Mmmmmm... okey kot... tapi pak abu semua pegang baik baik tau
tangga
ni...... nanti Minah campak kelapa kat bawa... sambut tauuuu!!!
Pak Abu ngan Ulat2 dam : Boley ajaaaaaaaaa.........
Si Minah pun memanjat..... dan tercapai lah hajat si Pak Abu ngan kaum
nya
melayan nafsu menskodeng si Minah...!!!
Setiba di rumah dengan santan nya...
Ibu: Ape kene sampai sejam ko ni pegi beli santan kat kedai tu hahh
Minah!!!
Mana ko merewang pulak tadi..??
Minah : Eh takdelah Mak.... tadi Pak Abu tu soh Minah yg panjat sendirik
pokok kelapa tu .. pastu dia kasik lah santan tu free kat Minah... ...
nah
amik serenget balik..!!
Mata mak minah tetiba mebulat terkejut......
Ibu : Apaaaaaa!!!!!! yg ko pegi ikut cakap diorang tu kenapa?????
diorang
tu
amik kesempatan kat engkau lahhhhhhhhhhh!!!!! (tempik ibu si Minah
maraah!! )
Minah: iye ke mak??? mana ade.....@!!
Ibu: Hissshhh ape nak jadi dengan kau ni...... Pak Abu tu semua cuma nak
ambil kesempatan kat engkau ... depa nak intai kat dalam skirt kau tu
hah...!!!
Minah: lah... apsal pulak diorang nak tengok kat dalam skirt ni???
(tanya
Minah bingung?? )
Ibu: haissshhh... umur je dah 25!!! penat lah Mak nak eksplen kat kau
ni...
diorang nak intai seluar dalam kau tu lah...... (muka mak Minah makin
merah
dek marah!!)
Tetiba si Minah gelak tak ingat...!!!! membuatkan maknya kehairanan
tahap
maksimum.......
Minah: Hahahaha... haha.. bodoh lah diorang tu mak....!!
Mak: Apahal dengan ko ni....? Apa pulak tak kene ni??
Minah: AHAHAHAHAa.... kalu diorang ingat diorang pandai... Minah lagi
pandai
lah mak.......!! jangan risau lah mak... diorang tak dapat tengok lah
suar
dalam Minah tadi.... Conferrrrrm!!
Mak: lah iye ke..... kamu kata kamu...(belum sempat mak minah
menghabiskan
pertanyaan... )
Minah: Minah tak pakai suar dalam lah Mak !!!
Mak: *%&! @ #(Pengsan)
Papa & Mama
Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."
Ada sepasang suami isteri yg duduk dikampung. Oleh kerana rumah mereka yg
terlalu berdekatan dgn jiran tetangga. Maka sisuami pun mengajar bahasa yg
jarang digunakan oleh tetangganya.
Isteri beliau yg sengau sentiasa menurut kata kata suami nya itu. So suatu
hari suami nya berkata..
"Yang, kalau i cakap kongkek maknanya..kita main yer'
Isterinya mengangguk sahaja..
Dan pada malam itu si suami kegersangan tahap gaban dan bertanya pada isterinya '
Kongkek boleh tak yang?'
Si isteri pun 'ok'
Setelah penat projek, mereka pun mandi bersama. Waktu mandi isteri nya yg
sengau itu pun berkata
'Yang nak kongkek'
Beliau pun terperanjat.. tapi oleh kerana sayangkan isterinya..beliau pun
'buat projek' kat toilet itu. Isterinya pun membiarkan sahaja..
Setelah abis isterinya mandi dan berkata dgn suami nya.. ;' Yang nak
kongkek'
Suami nya berkata.. 'lah tak puas lagi ke?'
Isterinya menggeleng gelengkan kepala sambil berkata 'Kongkek'
Si suami got no choice pun melakukan lagi..
Selepas itu isterinya berkata.. 'Bole tak awak kahi(kasi) haya(saya) kongkek'
Beliau mula naik radang dan tak faham dgn nafsu isterinya. Apabila beliau
hendak start lagi.. isterinya pun menahannya..
Saya bukan nak kongkek.. Saya nak ....
COLGATE...................!!!!!!!!!!!!!....:)
Aku terjumpe email lame aku..just nak share with u all,
Sebelum baca , sila bawa bersabar bebyk ye...
Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum pas tu tak boleh bayar
(berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad
klon lah tu!)
Orang bodoh = ada motor tapi pergi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'lah ni)
Orang pandai = tak ada motor, tak ada kereta, tak ada LRT tapi ada otak
(kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)
Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut, bla bla bla
tapi pergi minum juga kat cafeteria kena bayar pula tu.
Orang pandai = tak minum
kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut, bla bla bla angkut bawa balik !!!!
Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor saja pas tu
buang.
Orang pandai = orang yang tunggu org bodoh buang pas tu dia
kutip...dapat baca semua sekali wo
Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga dengan baunya.
Orang pandai = kentut senyap sunyi (tak ada bunyi) baunya... boleh buat
unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan
member sebelah(guess sapa member sebelah tu?....si bodoh yang kentut kuat tu lah!)
Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh lepas itu cerita kat orang bodoh
yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)
Ada lagi...
Orang bodoh = orang yang buang masa baca post ni!
Orang pandai= siapa yang post cerita ni...... (aku lah tu...)
p/s: takkan nak kena seorang-seorang kan?? sekadar gurauan semata-mata