SM Shahrom

The Man Become Legend

6/18/2009

Memo Company

Posted by SM Shahrom

Subject: Memo Untuk Semua Staff Dari Syarikat Yang Paling Maju


Kepada Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff, berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff untuk kesenangan, keselesaan dan lebih produktiviti. Perkara yang akan digubal adalah seperti berikut:-


PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda atau Skoda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas, teksi, monorel dsb atau menunggang motosikal, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji Sekiranya anda memandu kereta nasional sama ada proton atau perodua atau naza (boleh jadi juga), kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti sebanyak 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad. Hari lain kerja laaa…. 24jam pun tak kisah! Berjuang untuk syarikat.


WAKTU LUNCH.
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka dah memang sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil dan teratur.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

CUTI SAKIT.
Mulai tahun 2008 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari doctor klinik atau hospital. Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik atau hospital untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga. Jadi, jangan nak mengada-ngada tak pergi kerja.


PENGGUNAAN TANDAS.
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas maksimum selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit, secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan 'stuck', air dari paip akan berhenti mengalir, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board utama di bawah korum 'staff sembelit'. Anda juga akan dikenakan caj sewa tandas kerana memalukan syarikat pada pelawat dari luar.

PEMBEDAHAN.
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan kecil atau besar. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja disini kerana pada mulanya anda mempunyai organ yang cukup. Jadi, jangan sesuka hati nak buang organ yang sedia ada termasuk menukar jantina. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak dan perkara ini boleh dibawa ke mahkamah tinggi.

PENGGUNAAN INTERNET.
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting, games dan 'mendownload' akan dikenakan bayaran RM3.00 sejam (mengikut seperti harga pasaran moden). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda beserta cukai persekutuan sebanyak 3%.
Sebagai permulaan, 71% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan berturut-turut, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

BONUS.
Setiap pertengahan tahun dan akhir tahun syarikat akan memberi bonus kepada staff sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga dari syarikat. Namun, bonus ini hanya akan diberikan kepada staff yang gemar meminum air soya sahaja. Ini adalah kerana berdasarkan pada pasaran semasa air kotak bonus yang bersaiz 1 liter hanya mempunyai perasa kacang soya sahaja. Oleh itu bagi yang tidak meminati air soya janganlah memandai-mandai nak mogok syarikat tak bagi bonus!

WAKTU KEHADIRAN KE PEJABAT
Memandangkan banyak alat tulis dan kegunaan pejabat yang seringkali berkurangan serta hilang, maka staff yang datang awal 5 minit sebelum waktu kerja akan dikenakan tindakan kerana dituduh mencuri manakala staff yang datang lewat walaupun 1 minit selepas waktu kerja akan ditahan kerana pintu masuk automatik tidak akan dibuka dan tindakan akan diambil iaitu berhimpun di satu tempat dan mengutip segala sampah di seluruh perkarangan pejabat. Hukuman ini adalah sama seperti hukuman waktu sekolah dahulu supaya anda segera insaf sebab tak serik-serik asyik nak datang lambat. Diharap anda telah puas mengutip sampah sewaktu di sekolah dahulu. Oleh itu datanglah tepat pada waktunya agar anda bebas dari sebarang tindakan!

Akhir kata, terima kasih tak terhingga kerana masih setia berkhidmat di syarikat yang serba maju ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang paling terbaik kepada anda. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain yang lebih layak dan sanggup menerima masalah anda terutamanya di hospital bahgia.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah,
jangan isap fit jangan buat jenayah
dan ikutlah arahan polis trafik agar anda tidak susah payah!

Pengurusan Syarikat

1 comments:

Basuh Baju said...

ini keceh la brader kena dgr ckp polis trafik..hehe

nice post bro!