SM Shahrom

The Man Become Legend

5/28/2009

Asmara Orang Pencen

Posted by SM Shahrom

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

5/25/2009

17 Reason Why U Should Stay at Sitiawan

Posted by SM Shahrom

1. Cinema taraf 5 Star


Panggung Wayang yang bertaraf 5 bintang, tak macam kat KL kene share ngan bangunan jaya jasco lah..IOI, mid valley, die ni stand alone building khas tuk tgk wayang, buleh main 4 serentak cerite wayang (4 studio) pada mase yang same, dan juge buleh booking by phone call. Dulu dikenali sebagai pangung wayang 'Arasu'(hmm hampeh gilerz mase ni..20 tahun aku sabar bile la panggung wayang ni nak berubah). Cerite kat sebelah Hulk tu memang wajib ade, coz owner die dari negara India.

2. Taman Paya Bakau


Taman paya Bakau, kat sini korang boleh tgk beruk mak ye ngan dekat, jgn risau diorang (monyet) are very friendly and nice..boleh bagi diorang makan pisang..tak pun beruk-beruk ni datang kat korang mintak makanan..tapi dilarang sergah monyet-monyet ni..nanti die gigit padan muke korang..tapi belum ade kes lagi..kalau korang nak jadi kes pertama kene gigit boleh try..apesalahnye..

3. Supermarket

Pasaraya Billion
Pasaraya Econsave
Pasaraya Giant

4. Gelanggang Futsal Bertaraf Antarabangsa (4 court complete with medan makan)


Tiap-tiap minggu malam rabu, aku ngan geng bas sekolah aku pi main futsal MP3 blakang giant sambil mendegar lagu final countdown dan lagu macam-macam lagi.., lepas main, boleh minum 100+ kat situ coz ade food court skali..jual baju pun ade gak kat situ..

5. Pangkalan navy


ok, lagi satu untungnyer duk kat sitiawan ni coz dekat ngan Pangkalan Navy, tak perlu risau kalau kene serang dek tentera Kominis..kalau korang nak tgk kepala mariam kapal macam mane? meh le datang sini..aku try tembak..

6. Jana Kuasa TNB


Skarang ni sitiawan + Manjung + Lumut dah takperlu risau kalau bekalan elektrik terputus, coz kami ade bekalan letrik sendiri.tak perlu import dari negeri-negeri jiran..buang duit kerajaan negeri je..

7. Banggunan IPD


lagi satu korang akan berasa selamat dok kat sitiawan + Manjung + Lumut coz kami ade Bangunan IPD tak kurang hebat besarnyer...penyamun pun kene pikir 18 x kalau nak merompak..dah tu kerete polis peronda sentiasa berkeliaran for make sure aku and family aku slamat..

8. Eye's of Manjung


Ha...mesti korang sukar nak percaya...tak semestinye Paris, KL, melaka, England dan negara-negara eropah je yang ade mate..kami kat sini pun ade mate (roda pusing)..boleh tgk panorama manjung+sitiawan+lumut skali.., tiket 5 ringgit je tuk dewasa, kanak-kanak RM2.50, keselamatan takperlu risau coz its low risk..

9.KFC


Kitorang kat sini ade 2 KFC satu kat sitiawan satu kat lumut jarak lebih kurang 15KM je each other. gambar kat atas tu bangunan KFC lumut, pergh..skali pandang macam banggunan kat luar negara..kat sini korang boleh menikmati KFC sambil tgk laut..tempat lain jgn harap korang nak jumpe..gambar KFC sitiawan aku takut nak amik coz takut kene langgar dek krete..banggunan die dekat ngan tepi jalan raya simpang 4, so..ia amat berbahaya..

10. Taman rekreasi esplanade dan tempat makan di tepi laut






Paling best, korang boleh lepak merendek ngan bini atau aweks kat tepi laut sambil menikmati angin laut yang sepoi-sepoi, taman-taman esplanade kat lumut ni..korang boleh tgk kapal layar berlabuh..kapal-kapal dagang bebas berkeliaran dan parking sesuke hati..tgk gelagat budak main aci kejar-kejar..korang boleh release tensen bile lepak kat sini..that's why you should stay in sitiawan jalal...

11. Jambatan Tengku Bainun


Kat sitiawan ni jgak korang boleh tgk dan merasa naik Jambatan tengku Bainun dan ia merupakan jamban eh silap..Jambatan yang paling panjang merentasi sungai...suprisekan..

12.McD


sape cakap tempat kami xde McD? dulu boleh le..skarang ni perbandaran ma...setakat McD ni..Basic je bagi kami...nevertheless McD ni banyak jgk membantu kawan-kawan aku waktu musim berpuasa..kat sinila port diorang nak memonteng melalui drive thru..aku sori beb..aku semayang punye orang..aku xbuat bende-bende macam tu..lagi satu wifi available yee..kat sini..boleh makan double cheese burger sambil main internet

13. Pizza Hut


Kami kat sini jugak ade Pizza Hut..boleh makan seisi sekeluarga..yang kerap panggil pizza keluarga belah aku, coz adik aku suke makan pizza bercheese, aku takbleh makan coz alah pade cheese kalau aku makan, on the sport aku rase tak terberak..makan kat umah tak jadi masalah..

14. Honda, Proton, Produa, Naza, Toyota showroom



Kalau nak beli krete pun tak jadi masalah korang boleh pi mana-mana showroom yang ade kat sini..

15. Lumut Jetty


K, kalau korang nak merasa naik ferry ke pulau pangkor pun boleh..semuanye kami sediakan..ferry, hotel, jaket keselamatan, dan lain-lain lagi..

16. Teluk Batik



Hmm..kalau badan korang tu dah rase gatal sgt nak mandi kat laut..korang boleh p teluk batik kat situ pun tempat nak merendek pun boleh tahan jgak line clearnyer..tapi aku tak syorkanlah..buat malu org kampung je..tuk mandi-mandi boleh..


17. Dan yang paling best dan tak rugi kalau korang dok kat sini..ialah..awek-awek kat sini smuanye cun melecun..dan bikin korang geramzz..(that's why aku pilih org umah aku org sini jgak)
berikut adalah awek - awek sitiawan+manjung+lumut..nak berkenalan boleh..bagitau je aku..













Actually, aku nak dedicate post aku ni kat member yang berade jauh dari sitiwan + manjung + Lumut..

5/25/2009

amis95.blogspot.com

Posted by SM Shahrom

Blogger tertua meninggal dunia (Ade lagi yang makan garam awal dari kite)



MADRID 22 Mei - Seorang warga emas negara ini yang mengumumkan dirinya sebagai blogger tertua di dunia dan mendapat perhatian global melalui Internet, meninggal dunia semalam pada umur 97 tahun, lapor pegawai dan laporan media.

Maria Amelia Lopez, yang diperkenalkan kepada dunia blog oleh seorang cucunya, menggabungkan unsur humor dan nostalgia ketika mengenangkan kehidupan semasa pemerintahan diktator Francisco Franco, menjadikannya popular.

''Hari ini adalah hari jadi saya dan cucu saya yang sangat kedekut memberikan saya satu blog,'' tulis Lopez pada cerita pertama di dalam blognya iaitu amis95.blogspot.com pada 23 Disember 2006.

Blog warga emas itu dengan pantas mengecap populariti setelah media melaporkan ia dikunjungi lebih 1.5 juta pengunjung. Blog itu juga membolehkan Lopez bertemu Perdana Menteri, Jose Luis Rodriguez Zapatero, yang disokongnya secara terbuka.

Pada musim panas, nenek itu biasanya menulis blog daripada rumahnya di tepi laut dekat Muxia, barat laut Sepanyol, itu tempat kelahirannya pada 1911 dan dari rumah ladang di Galician di mana dia tinggal sepanjang tahun bersama cucunya, Daniel.

Blog Lopez menyentuh mengenai masalah kesihatan peribadinya, daripada pertemuannya dengan doktor disebabkan pening sehinggalah pandangannya terhadap peristiwa-peristiwa terkini; daripada keganasan puak pemisah Basque hinggalah kepada dakwaan angkuh nuklear Iran.

Dia akan menulis blog tanpa mengikut masa, kadang-kadang seminggu sekali atau setiap hari dengan bantuan cucunya disebabkan masalah katarak yang membataskan penglihatannya. - AFP

Saje je aku nak share ngan korang pasal die ni..aku ade try nak bukak blog die..tapi kecewa..aku tak paham ape yang die tulih coz write in madrid language kot..

5/22/2009

Successfully HEERA Offshore Installation

Posted by SM Shahrom



This picture was send from my best Friends at Mumbai Height India, Jayadev Rao my formerly client..die nak bagitau kat aku yang platform minyak yang aku jage dah siap pasang kat lautan india..

Cume aku nak share ngan korang project yang aku jage dari sekeping plate hingga menjadi sebuah platform yang dapat memberi sumbangan yang besar kepada negara india, kalau tak negara India kekurangan minyak...


gambar ni plak..mengesahkan keadaan memindahkan / shifting topside yang dah siap fabricate ke Jetty by multy axcle untuk di letakkan ke atas barge..ko tgk kecik je manusia kalau dibandingan ngan module..

As a Project Engineer and loadout coordinator aku kene pastikan loadout procedure is betul-betul firm and approved form client so that loadout activity is smoothly..



Mase ni waktu paling genting (Sempat gak aku berposing..:)) dimane Topside baru saje je nak crossover dari jetty ke permukkan barge (tongkang), waktu kat sini macam-macam buleh berlaku same ade barge buleh tergolek atau twist, mooring line terputus dan macam -macam lagi hazard yang berbhaya buleh berlaku..


K, bile semua kerje-kerje Seafastening (mengikat), ballasting towing condition dan final check dah completed, seterusye aktivity sailaway plak, mase nilah ko akan terharu dengan pemergianye, mane taknye Bende yang ko jage dari sekeping plate hingga jadi besar gedabak macam tu dengan berkelahi ngan client lagi, dengan pelbagai ragam dan masalah hendak di setlekan selama 8 bulan akhirnye pergi jua ke destinasinyer..

hmm..kalau aku nak cerita lebih detail lagi sok malam pun belum tentu habis..panjang ceritenye..

tapi tu lah experienced dan banyak aku belajar dalam bidang O&G..
skarang ni aku tgh jage project platform yang melibatkan 3 buah negara iaitu Vietnam, Indonesia and Malaysia..3 buah negara share 1 telaga minyak..platfrom die tgh buat skarang ni..field telaga minyaknyer kat bintulu serawak.

5/20/2009

Resah Seorang Walid Misali

Posted by SM Shahrom

Ari ni anak aku demam panas ngan teruk..taktau ape puncenye..
smalam aku n family semua sambut harijadi die kat umah bersame - same ngan opah die..coz kebetulan tarikh lahir Mak mertua aku dan anak aku jatuh pada mase tarikh yang same iaitu 19 of May..dan pada masa yang same jgk hari jadi adik aku Syed Bakar dan Ayah aku jatuh pada tarikh tu jugak..hahah suprisekan..aku bukannye menipu SUMPAH aku tak tipu..kalau korang tak caye lantak korang ler..ade aku kisah..

Cume aku nak emphasized kat sini ari ni anak aku demam panas teruk..taktau ape puncenye (rase macam dah ulang je ayat ni..) doktor ckp anak aku terkejut coz dapat hadiah banyak..(buleh tahan gak doktor ni..sempat lagi nak bergurau ngan aku yang tgh resah kot-kot anak aku suspek denggi)

So..doktor bagi ubat demam, daktor cakap demam biase je..aku pun ade sedikit rase legelah..

5/20/2009

The beautician (Mak-Andam)

Posted by SM Shahrom



Method nak tgk gambar:-
1. Click kalau nak tgk gambar-gambar yang lain..(impressive tak akunyer slide widget foto):p

K, aku nak cerita serba sedikit pasal bini aku ni..sekarang ni die tak bekerje (cume dikerjekan je hehehe..)dok rumah jage Hanan. Disebabkan minatnye dalam dunia Beautician dan ingin menjadi salah satu Profesioanal Beautician like Nurul Shukor (juru make-up Siti Norhaliza), Heri(terrer dalam membuat gubahan rambut) dan yang lain-lain, aku pun pikir-pikir, bahagi, tambah tolak, dan kuase duakan lagi..so..bagilah sokongan dan peluang tuk dia berkecimpung dalam dunia Beautician ni..

hmm...banyak gak wang tunai aku di perghabihkan olehnye..beli alat-alat make-up yang tak pernah aku dengar pun jenamanyer...beg make-up bertingkat besar gedabak pun ade (beg macam nak gi bercuti), bawak and antar die gi KL kursus make-up ngan Make-up artis..

Banyak jgak le die dapat tempahan dari orang tuk mentoch-up muke diorang especially waktu nikah, sanding and tunang...banyak kedai-kedai kahwin amik kat die as a juru make-up dioarang tuk pelanggan diorang..bayaran dikenekan aku tak pernah amik tau pun, coz tu duit n rezeki die..die punye sukelah nak buat ape ngan duit tu, aku tak kisah..yang pentig die berpuas hati ape yang die buat..

Die ade pernah suggestkan kat aku supaya amik free lance jadi photographer..(hmm..kalau jadi po**ographer aku nak ler..:-)) tgk le nanti kalau aku free aku pikir-pikirkan..lagi pun akunyer kerje kat ofis pun menimbun-nimbun ni pun tgh curi-curi menaip..

5/18/2009

Jalan-Jalan Di Lumut

Posted by SM Shahrom


Petang Sabtu 16 May 2009 aku, wife aku and hanan gi Lumut menikmati Suasana Petang Selepas Hujan, best gak permandangan kat sane..sebelum tu aku sekeluarga gi makan petang KFC Lumut..

Saje je nak bawak akunyer little Khaliff main boyan..tapi malangnyer ramai yang dah que..taktau plak boyan tu banyak yang berminat...so..aku give-up pi tempat lain yang lagi best..kiteorang p tgk kapal layar yang berlabuh..

My little Khalif details
Name: Syed Luthfy Hanan Syed Muhammad
DOB: 19 of May 2006 time 2130
Age: kalau tak silap, 11months 29days 12hours 43minutes and 9sec (sok genap satu 1 thn)
POB: Klinik Yasmin (kos tinggi)
MOD: Scissor (kene bayar 4,500 - pokai aku dibuatnyer, takpe anak sulung, aku bagi chance)
Name of Mother: Norliza Bt Ibrahim

anak aku lahir dengan cukup sifat dan comel macam bapaknyer (statement satu hakikat yang perlu korang terima dgn hati yang ikhlas dan terbuka)..cume berat mase dia lahir 2.5kg je..risau gak, takkan bini aku tak cukup makan kut..pikir-pikir punye pikir baru aku sedar, aku bukan la baka besar sgt pun..baka cute-cute je

lagi satu mesti korang nak tau (kalu taknak tau pun aku peduli ape?)sebab ape bini aku kene operate nape tak lahir normal? haha..sebabnyer uri atau name saintifiknye plasenta dah terlekang (conection terputus) dari anak aku, doktor cakap itu amat berbahaya nasib baik awak jumpe saye cepat kalau tak..korang pikirla sendiri..

Anak aku ni nampak je kecik, tapi berat jgk le 11kg approx..(dah tolak ngan berat pempers yang basah die ye..) ponek den nak angkatnyer, umur 7 bulan dah ade gigi 4 btg..mase tulah die dah start mengigit ape-ape saje yang terlintas depan mulut die..dan semakin banyak die mengigit, smakin bertambah gigi lain nak kluar..ade satu ketike Surprisingly die angkat bakul mainannye yang lebih berat lagi dari badan die..kalau korang tgk gambar-gambar kat atas tu.. korang buleh nampak aksi die cube nar terbang, terdengar org mintak pertolongan, cube menolak dinding warna merah bangunan KFC lumut..hmm..disinilah bermula episode lumutville

kalau nak tgk gambar lebih besar just click on full screen symbol tapi gambo tu macam mak die je..yang posing lebeh..harap maaf la ye...
HAAA..lagi satu kalau gambar tak appear maknenye korang punye masalah internet connection sama ade slow tahap dewa atau connection terputus..tak pun cube korang re-fresh balik, kalau tak bleh gak korang press ctrl+Alt+Delete serentak 2x macam buat CPR..
selamat berhibur...





Next post lumutville season 18 episode 6.5 "Beautician Yang Melampau.."

5/16/2009

Swine Flu

Posted by SM Shahrom


"Belgium Ministry of Health confirmed the information about person at country.s territory who was infected with virus A/H1N1. ..."

"It's H1N1 virus," Vilsack said. "We want to say to consumers here and abroad .... For wingnuts that think somehow calling a flu virus H1N1 rather than swine ..."

"As of Friday, May 15, 2009, the Santa Clara County Public Health Department is reporting an additional probable case of the new flu virus (H1N1). ..."

"24 Apr 2009 ... Because there are human cases associated with an animal influenza virus, ... The Swine Influenza A/H1N1 viruses characterized in this ..."

hmm..tgk bile baca statement kat atas ni gerun pun ade..dah merebak virus influenza ni..aku yang tgh menaip ni pun tgh selsema..tapi aku tak demam, tak sakit badan..fuhh lege skit..aku tak suspect demam swine..

Selesema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.[2]

Pengelasan
Jenis SIV yang diasingkan sehingga kini telah dikelaskan sama ada sebagai virus influenza C atau satu dari pelbagai jenis genus kecil virus influenza A.[3]


Influenza A
Selesema babi diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1,[4] H1N2,[4] H3N1,[5] H3N2,[4] and H2N3.[6]

Pada babi, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, H1N1 khususnya menular dalam populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selesema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).[7]

Interaksi dengan H5N1
Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru.[8] Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia.[9] H3N2 evolved from H2N2 by antigenic shift.[10] In August 2004, researchers in China found H5N1 in pigs.[11]

Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selesema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negetif.[12][13]

Bagaimana ia menjangkiti manusia
Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

Tanda dan simptom


Simptom utama bagi selesema babi pada manusia.[14]Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]

Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).[16]

Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .


Selesema babi pada manusia
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.[18] Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa.[19] Kajian ini antara lain mencadangkan mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti dipantau bagi kesihatan awam.[18] Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subjenis H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis wabak pada babi, dan juga influenza burung.[20]

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selesema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan.[21] Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri.[22] Selesema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.[23]

Selesema babi lemah kepada empat dadah dilesankan di Amerika Syarikat, amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, bagaimanapun bagi wabak 2009, ia dicadangkan dirawat dengan nasihat kesihatan hanya dengan oseltamivir dan zanamivir bagi mengelak kekebalan ubat.[24] Vaksin bagi selesema manusia H1N1 bermusim tidak melindungi dari selesema babi H1N1 flu, sungguhpun strain virus merupakan jenis yang sama, kerana secara antigen ia adalah amat berbeza.[25]

Sejarah
Pada 5 Februari 1976, seorang anggota tentera di Fort Dix, Amerika Syarikat, mendapati dirinya letih dan lemah serta mati keesokannya. Doktor mengesahkan kematiannya berpunca daripada virus babi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1918 akibat wabak selesema. Presiden Gerald Ford mengarahkan rakyat disuntik dengan vaksin, namun rancangan suntikan itu dibatalkan.

Pada 20 Ogos 2007 wabak selesema babi menyerang Nueva Ecija dan di kawasan tengah pulau Luzon, Filipina. Pada tahun 1968, virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia.[26]

Laporan WHO 2009
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 62 kematian akibat virus H1N1 yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia. Ia menyamai selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Setakat ini tidak ada vaksin yang sesuai. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, menyatakan penularan virus di Amerika Utara amat serius dan berpotensi bertukar kepada wabak besar. Sekurang-kurangnya 81 kematian dilaporkan akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema. Sebilangan yang mati dikesan mempunyai versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. 11 kes dikesan di California, Kansas dan Texas manakala 8 pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema dipercayai jenis yang sama.