"Belgium Ministry of Health confirmed the information about person at country.s territory who was infected with virus A/H1N1. ..."
"It's H1N1 virus," Vilsack said. "We want to say to consumers here and abroad .... For wingnuts that think somehow calling a flu virus H1N1 rather than swine ..."
"As of Friday, May 15, 2009, the Santa Clara County Public Health Department is reporting an additional probable case of the new flu virus (H1N1). ..."
"24 Apr 2009 ... Because there are human cases associated with an animal influenza virus, ... The Swine Influenza A/H1N1 viruses characterized in this ..."
hmm..tgk bile baca statement kat atas ni gerun pun ade..dah merebak virus influenza ni..aku yang tgh menaip ni pun tgh selsema..tapi aku tak demam, tak sakit badan..fuhh lege skit..aku tak suspect demam swine..
Selesema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.[2]
Pengelasan
Jenis SIV yang diasingkan sehingga kini telah dikelaskan sama ada sebagai virus influenza C atau satu dari pelbagai jenis genus kecil virus influenza A.[3]
Influenza A
Selesema babi diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1,[4] H1N2,[4] H3N1,[5] H3N2,[4] and H2N3.[6]
Pada babi, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, H1N1 khususnya menular dalam populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selesema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).[7]
Interaksi dengan H5N1
Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru.[8] Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia.[9] H3N2 evolved from H2N2 by antigenic shift.[10] In August 2004, researchers in China found H5N1 in pigs.[11]
Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selesema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negetif.[12][13]
Bagaimana ia menjangkiti manusia
Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.
Tanda dan simptom
Simptom utama bagi selesema babi pada manusia.[14]Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]
Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).[16]
Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .
Selesema babi pada manusia
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.[18] Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa.[19] Kajian ini antara lain mencadangkan mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti dipantau bagi kesihatan awam.[18] Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subjenis H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis wabak pada babi, dan juga influenza burung.[20]
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selesema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan.[21] Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri.[22] Selesema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.[23]
Selesema babi lemah kepada empat dadah dilesankan di Amerika Syarikat, amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, bagaimanapun bagi wabak 2009, ia dicadangkan dirawat dengan nasihat kesihatan hanya dengan oseltamivir dan zanamivir bagi mengelak kekebalan ubat.[24] Vaksin bagi selesema manusia H1N1 bermusim tidak melindungi dari selesema babi H1N1 flu, sungguhpun strain virus merupakan jenis yang sama, kerana secara antigen ia adalah amat berbeza.[25]
Sejarah
Pada 5 Februari 1976, seorang anggota tentera di Fort Dix, Amerika Syarikat, mendapati dirinya letih dan lemah serta mati keesokannya. Doktor mengesahkan kematiannya berpunca daripada virus babi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1918 akibat wabak selesema. Presiden Gerald Ford mengarahkan rakyat disuntik dengan vaksin, namun rancangan suntikan itu dibatalkan.
Pada 20 Ogos 2007 wabak selesema babi menyerang Nueva Ecija dan di kawasan tengah pulau Luzon, Filipina. Pada tahun 1968, virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia.[26]
Laporan WHO 2009
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 62 kematian akibat virus H1N1 yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia. Ia menyamai selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Setakat ini tidak ada vaksin yang sesuai. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, menyatakan penularan virus di Amerika Utara amat serius dan berpotensi bertukar kepada wabak besar. Sekurang-kurangnya 81 kematian dilaporkan akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema. Sebilangan yang mati dikesan mempunyai versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. 11 kes dikesan di California, Kansas dan Texas manakala 8 pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema dipercayai jenis yang sama.
Khazanah
12 years ago
0 comments:
Post a Comment